Rabu, 11 September 2013

Homestay Bajet Umbai Melaka







HDM Homestay terletak di Taman Balkis, Umbai Melaka. Persekitarannya yang selesa dan mendamaikan serta terletak bersebelahan dengan Kebun Kelapa Sawit yang menghijau menambahkan lagi ketenangan jiwa. Kedudukannya boleh dikatakan strategik kerana dipengaruhi dengan jarak yang seimbang untuk ke Bandaraya Melaka, Medan Ikan Bakar Umbai, Bandar Ayer Keroh dan Bandar Merlimau. Berdekatan dengan Lebuhraya AMJ, nadi utama sistem perhubungan jalanraya bagi negeri Melaka.

Harga sewaan sangatlah berpatutan dan menepati objektif kami untuk menyediakan PENGINAPAN BAJET. Dengan harga sewaan serendah RM 80 sehari, kami pasti ianya akan memberikan anda lebihan wang untuk aktiviti lain. Amat praktikal untuk pelancong-pelancong atau pengunjung-pengunjung yang datang dalam kumpulan keluarga. Lebih menjimatkan namun keselesaan tetap menjadi keutamaan kami.